Salah guna kuasa dan rasuah merupakan isu yang rakyat mahu kerajaan hari ini utamakan, selain petunjuk prestasi utama (KPI) Menteri.<br /><br />Profesor Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, UPM, Prof Dr Zaid Ahmad berkata, untuk mencapai hasrat tersebut, penjawat awam perlu memainkan peranan yang lebih berkesan.<br /><br />Jelasnya, perkara itu selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu warga perkhidmatan awam membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.